Make your own free website on Tripod.com

.

27 Mar, 06 > 2 Apr, 06
You are not logged in. Log in
Entries by Topic
All topics  «
Blog Tools
Edit your Blog
Build a Blog
RSS Feed
View Profile
K A R Y A IKIN
Thursday, 23 March 2006
EGO DALAM CINTA

Ada nada marah di balik telingaku. Aku tahu dia marah. Aku pun marah! Aku tahu dia duka. Aku pun duka! Tapi marahnya menambah kedukaanku... Aku.. sampai hatimu berkata begitu...

Kamu, aku ingin bercerita seperti masa-masa silam. Gelak tawamu, rajuk manjamu sering hadir menggugat emosi kini. 5 tahun bersama... 5 minit sebentar tadi telah berlalu semudah kata. Antara kau dan aku.. kini tiada apa.

Egolah yang harus dipersalahkan. Ego menyebab kita berantakan. Aku kehilangan kau dalam perhitungan yang kita tak tersangkakan. Aduh.. Jiwaku dipanah asmara kesakitan!

"Awak.. saya telah ditunangkan tempohari. Pertunangan yang ditetapkan tanpa memberi peluang kepada saya..."

- Dengan siapa..?

"Seorang saudara. Tapi sampai sekarang kami tak pernah bersua muka..."

- Dia tak pernah hubungi awak..?

"Ada, malam nak bertunang. Semuanya dah terlambat.. Kalau saya nak bantah sekalipun semuanya dah siap.. Tinggal nak sarung cincin di jari sahaja..."

- Awak suka..?

"Kalau suka, takkan saya sengsara.."

Kau bagai tenang menerimanya walau nampak riak gelora di muka. Tak daya aku nak bercerita di malam pertunangan itu aku akan di tunangkan. Nanti lebih parah hati ku di sini dan lebih luka hati mu di sana.

- Keluarga awak dah nampak mana kebahagiaan yang akan awak kecapi. Terimalah dia dengan hati terbuka. Tak semestinya awak dan dia tiada bahagia..

"Awak...."

- Jangan jadi anak durhaka. Ikutlah kata ibu bapa. Tak bahagia rumah tangga andai tiada restu mereka...

"Awak..."

Aku kelu lidah berbahasa. Kau bagai jujur menyusun kata. Jujurkah kamu mendoakan kebahagiaanku?

"Awak... saya tak suka macam ni... Mereka patut bercerita pada saya terlebih dahulu. Tak patut menetapkan jodoh saya begini.. Saya ada hak membuat pilihan... Tapi bila balik.. semuanya tersedia... saya tak mampu berkata apa...."

- Nak salahkan siapa..? Dulu lagi saya cuba memberi jalan kepada awak. Tapi awak bagai mengelak...

"Awak tak pernah mengaku..."

- Takkan awak tak fahamkannya yang saya sukakan awak. Saya cintakan awak sedari dulu...

"Saya kira sekarang masa yang sesuai buat kita..."

- Tapi dah terlambat, kan..?

Dia salahkan ku. Katanya aku tidak memahami perasaannya padaku. Mengapa tidak diluahkan saja. Suka kata suka, tidak aku tergila-gila. Cinta kata cinta, tidak aku tertanya-tanya. Kini aku dalam dilemma dan aku terpenjara dalam dunia cinta. Aku terpaksa menggadai cinta yang ku suka kepada cinta terpaksa. Aduh.....

Kamu... Tidak perasankah kamu bahawa ego kita menebal dari dulu. Kamu menolak aku kerana katamu dulu kamu ini tiada apa di sisiku. Jauh bagai langit dengan bumi. Beda bagai pipit dengan enggang. Tapi bilangku... tak salah kita berkawan terlebih dahulu.. jodoh, Tuhan Yang Esa menentukan. Itu tatkala sayang berputikkan...

Kemudian hatiku berbunga cinta...

Ego pulak hatiku mengatakan perigi tidak perlu mencari timba. Biar timba datang menyerah diri waktu timba memerlukan perigi. Tapi asalnya, kami tetap bersama. Riak kami seperti memang bercinta.. Tapi tak pernah mengaku ya!

"Awak... saya masih perlukan awak. Jangan elak dari bertemu dengan saya... Saya tak sanggup kecewa..."

- Cukuplah setakat ini. Kita tak usah menambah luka dalam jiwa..

"Awak tinggalkan saya kecewa sendirian...."

- Sendiri lebih baik berdua tapi tak boleh bersama...

"Awak kejam...."

- Kejam lebih elok dari simpati yang memakan diri....

"Awak......!"

Aku menangis lagi...

Cinta. Perlukah diluahkan? Tak fahamkah dengan gerak geri kita yang memang kita bercintaan. Aduh.... aku karam dalam gelora yang kita ciptakan!

- Terimalah dia seadanya, tak semestinya tiada bahagia dengan orang yang awak tak suka...

Cinta tak boleh dipaksa....

"Saya bahagia dengan awak...."

- Dia lebih baik dari saya yang tiada apa...

"Awak menilai cinta saya dengan harta..? Awak melihat saya dengan apa..?"

- Cukuplah... saya tiada apa yang nak dibangga....

"Kita berkawan aja...?"

- Tak boleh.... usah buang masa...

"Lima tahun berlalu itu apa..?"

- Kamu kepunyaannya sekarang!

Aku terkesima... Tak sedarkah aku tunangan orang sekarang..??? Bancau!!!!!

Ya! Aku tunangan orang. Lantaran itu aku berterus terang dengan mu kerana tak mahu ada rasa tak menentu berkocakan di jiwa. Lagi lama ku rahsiakan, lagi tebal dosa rasanya.

Tapi kau membiarkan aku sendiri. Katamu aku akan bahagia kerana mendapat seorang pengganti. Pengganti yang lebih baik lagi. Tahukah kamu... aku bagai badan tidak bernyawa.. bagai akal tidak berjalan memikirkan hari2 ku di masa hadapan... Dan aku juga yang kau salahkan...


Posted by o-group at 4:52 PM WST
Share This Post Share This Post
Post Comment | Permalink
Wednesday, 22 March 2006
WI SATU LANGKAH
Mood:  lazy

“Wi!!! Wi oiii!!!!” Ziha bertalu-talu memanggil Wi.

Ziha tahu Wi berada di situ. Puas sudah dikerah adiknya itu ke sekolah tapi Wi enggan. Wi degil ke sekolah. Wi tak mahu.

“Kalu aku gi pung, bukang bulih mende. Otok dah tak bulih terima, tau dok!” Wi pernah jerkah Ziha sekali bila disuruh ke sekolah. Lalu, Ziha akan meninggalkan Wi sambil menghentakkan kakinya.

Hari ni Wi enggan lagi. Hari ini adalah hari baru pembukaan sekolah di sesi yang baru. Ziha dengan semangat yang berkobar-kobar, tak sabar rasanya dia mahu berjumpa dengan cikgu-cikgu dan kawan-kawan yang lain. Tak sabar juga dia ingin memulakan pengajian di tingkatan enam rendah setelah mendapat keputusan yang cemerlang peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia yang lalu. Cuma Ziha tak mampu untuk meneruskan pelajarannya ke pusat pengajian tinggi semata-mata kerana kasihkan Wi. Hanya Wi lah saudaranya dunia dan akhirat. Walaupun Wi dah besar panjang, tetapi Ziha tahu, Wi sajalah adiknya yang ada. Kalau Ziha meneruskan pelajaran di tempat lain, bagaimana pula dengan Wi ?

Malam tadi dengan penuh semangat kekobaran, Ziha telah melipat kemas baju sekolah Wi di bawah tilam dengan harapan bila Wi mahu ke sekolah, bajunya telah siap sedia untuk dipakai. Mana pula nak mendapatkan seterika yang dipanggil orang putih sebagai iron itu untuk melicinkan bajunya sedangkan di rumah ini kelengkapan lain pun belum tentu ada. Alah, biar baju tak licin, janji pandai belajar.

Melintasi kereta buruk Pok Ya Gigi, baru Ziha perasan Wi ada di situ.

"Bengong sungguh adikku ini. Tahu berangan je. Kalo beginilah, usahkan kereta kodok, basikal cabuk pun belum tentu lepas.”

“Weh! Mung. Berangan jer tahu. Jom pi koloh. Mandi doh ke belum..?”

- “Tak mboh ar Ziha. Aku nok berenti koloh. Hok mung sibuk-sibuk suruh aku gi koloh wat mende? Aku tak mboh gi!”

“Bakpe teruk sangat mung ni tak mboh gi koloh? Suruh koloh pung susoh. Bukang aku suruh mung gi nyangkul. Hor.. kalu mung tak mboh gi koloh, aci ghoyak ke aku mung nok wat gapo gak today..?” Ziha selit-selit bahasa Inggeris ala kampungnya.

- “Aku rasa aku nok beiki keta ni.”

"Hah.. ? Mung nok jadi mekanik ker.. ? Giler ke aper”

- “Aku nok terai la…. Pok Ya bukangnye pakai keta ni. Sak gi kalu gerok.. mung gok hok naiknya pusing kampung. Biar ar aku beiki… ?

"Wei! Mung tahu dok… keta ni dah dua tahung dok gerok. Mung nok beiki.. ? Isk… beiki radio bulih ar…. Toksah mimpi ar Wi. Sekoloh dah la malas… ni… keta ni … isk.. mung ghasa bulih gerok ker.. ?"

- "Mung jangang cabor aku Ziha…Aku tau ar aku ni dok bijok macang ge mung… cuba bagi moral support ke aku gok skett…"

"Kalo aku cabor mung,.. guane.. ?"

- "Jangang Ziha.."

"Aku cabor mung. Kalu keta ni gerok.. mung doksoh gi koloh. Duk sini beiki keta. Pah tu buka kedai keta. Hor.. pah tu.. buak ar mende yang mung suka… puah ati.. ?"

- "Sungguh ?"

"Iyyer ar… Aku cabor mung !"

Ziha pun pergi sekolah sendirian membiarkan Wi dengan labu-labunya. Sambil berjalan… terfikir jugak kalau-kalau Wi membuat lawak bodoh tak masuk dek akal. Buatnya Wi tolak kereta kodok Pok Ya Gigi tu keliling kampung.. sohih jugak. Eh.. Geraklah kereta tu. Lepas tu.. seronoknya Wi tak payah pegi sekolah… Isk… tak mungkin…

"Betul ke Wi buleh beiki keta.. ?"

Hampir sebulan lebih Wi tak pergi sekolah. Ziha pun tak tahu lah apa nak jadi dengan adiknya itu. Susah sangatkah belajar ? Ahh… aku molek-molek jer pandai. Lantak kaulah Wi. Isk.. tak boleh jadik jugak. Nanti, sampai ke tua aku menanggung makan minumnya. Sementara sekarang ni, bolehlah. Aku pun nanti nak jugak berkahwin, ada anak.. kerja lagi.. eh.. keh keh keh… melalut pulak aku berangan.

- "Ziha !!! Zihaa !!!! Nengok weh !.. Wooohhooooo… Yehaaaaa…. !"

Wi menjerit-jerit memanggil Ziha memecah kebeningan angan-angannya terhadap Wi. Suasana pagi itu bercampur dengan kebisingan Wi menekan hon kereta Pok Ya yang sangkut-sangkut itu. Ziha pun berlari-larian meninggalkan beras yang sedang dikoseknya di dalam sink. Sambil itu, hati Ziha berdetik kebimbangan dan kegembiraan.
Gembira kerana bunyi kereta kodok Pok Ya itu kembali memecah keharmonian kampung. Sudah lama tidak mendengar bunyi injin yang menderum itu. Paling menyeronokkan mendengar honnya yang sangkut-sangkut. Macam bunyi kentut !

Itu gembira. Tapi hatinya lebih berlagu bimbang kerana kalaulah benar itu bunyi injin kereta PokYa, maksudnya kereta Pokya sudah boleh berjalan. Kereta PokYa sudah boleh bergerak ! Bergerak kereta Pok Ya bermaksud Wi tak payah pergi sekolah. Habislah…..


Ziha akui, Wi pandai ambil hati semua orang. Pagi-pagi kalau Wi malas pergi ke sekolah, Wi akan excercise menyangkul, menjirus kebun sayurnya di belakang. Kalau rasa rajin sangat, Wi akan menebas-nebas pokok-pokok yang tumbuh meliar hingga ke rumah Pok Ya Gigi dan Mek Senah. Wi pun rajin bagi sayur-sayurnya kepada Mek Senah. Hendak di buat apa sayur yang banyak itu. Kalau lebih rajin lagi, Wi akan menjual sayur di pasar malam. Semuanya bergantung kepada darjah kerajinan Wi. Tapi kalau dilanda demam pemalas, Wi lebih suka main catur dengan Budin. Alah, Wi bukan pandai sangat main catur, papan catur tu dimainkan secara dam aji je.

Kerana kerajinan Wilah maka rezeki di rumah Ziha tidak pernah putus-putus. Kerana Wi rajin juga, semua orang sayang padanya sehinggakan Pok Ya ajar Wi cara-cara memandu kereta. Tak ada anak muda dalam kampung seusia 15 tahun boleh memandu seperti Wi. Pok Ya kata, manalah tahu kalau-kalau ada kecemasan, Wi bolehlah memandu kereta Datsunnya.

Semasa Ziha terpacak di atas tanah kelihatan Pok Ya Gigi dan Son Cheng Mekanik sedang tersengih2 berpuas hati. Loh… kalo cenggini, tak adil la. Import mekanik dari bandar rupanya. Wi di dalam kereta sedang menekan-nekan hon lagi. Di wajahnya tergambar seribu kepuasan yang tak pernah Ziha lihat. Boleh jadi Wilah yang menjadi YB perasmi upacara menghidupkan injin kereta ni.

- "Tengok Ziha weh ! Sapa kata keta ni tokleh gerok ?"

"Aku lah kata. Dah jalang ke belum ?"

- "Dok lagik. Sak lagi lah. Hok ni baru intro je. Maghilah aku tunjuk ke mung…"

Wi tak sabar sabar bercerita kepada Ziha. Wi tunjuk spare part yang di ganti, yang ditukar, yang dicuci.. semualah.. tapi Ziha bukannya tahu. Ziha tolong anggukkan kepala sahaja bimbang nanti Wi berkecil hati. Tapi Ziha pasti bahawa Wilah yang membaiki kereta itu kerana Ziha selalu nampak Wi bersama spare part itu. Boleh jadi Son Cheng sebagai guru bertugas dan Pok Ya adalah penasihatnya. Setiap kerja perlu ada pembakar semangat barulah kerja yang ingin dilakukan penuh dengan kesungguhan. Baru Ziha perasan, apa yang dia bantu kepada Wi ? Ahh… cabaranku itu pun satu pembakar semangat, ye tak ? Erm…

Itulah saat yang paling agung dalam hidup Wi dan juga Ziha. Saat-saat yang perlu dikongsi bersama biarpun tanpa ayah dan ibu, itu bukanlah halangan. Yang penting adalah pembakar semangat dan kemahuan. Wi, berjaya juga akhirnya memandu kereta kodok Pok Ya Gigi keliling kampung setelah hampir 2 tahun kereta itu tersadai di bawah pokok manggis.

Wi juga adalah anak muda kampung yang pertama memiliki keretanya sendiri setelah Pok Ya menghadiahkan kereta itu. Ingat anak orang kaya saja yang punya kereta sendiri, apa Wi tak mampu ? Ermm kalau Wi bin Yut, usahkan kereta, kapal terbang kalau diinginnya pun sanggup dikejar.

Berjaya membaiki kereta beerti Wi tak perlu bersekolah lagi. Seronoklah Wi tak payah memerah kepala otaknya macam Ziha. Wi bekerja dengan Son Cheng Mekanik di pekan Marang. Pada usia 17 tahun pula, Wi mampu menyara Ziha untuk ke United Kingdom, suatu perkara yang pada mulanya Ziha tak dapat menerima. Mendapat bantuan dari adiknya sendiri tetapi setelah dikaji-kaji, lebih baiklah diterima selain dari biasiswa JPA yang diperolehinya.

Seusia 20 tahun, khabar yang diterima Ziha amat menyeronokkan. Wi telah membuka bengkel keretanya sendiri di Pangkal Gong. Apa yang lebih memeranjatkan, Wi telah bernikah setahun kemudiaannya. Ziha tersentak dengan cabaran itu kerana adiknya yang dulu ntah apa-apa kini telah menjadi apa yang disebut berjaya. Sungguh Ziha tak menyangka semuda usia itu, Wi telah mendahuluinya dalam segala perkara hanya kerana pelajaran. Siapa kata pelajaran punca segalanya ? Sepatutnya, kemahuan adalah raja segala kejayaan. Eh, Kemahuan dan Usaha, Pencetus Kejayaan.

Tatkala Ziha pulang 3 tahun kemudian, bila Ziha pulang bersama segulung sijil bernama master, Wi rupanya lebih advance darinya. Wi dengan perut gendutnya memandu kereta Honda Civic, cis ! Wi, saja nak menayang keretanyalah tu. Wi memang jauh berubah dari dulu. Kini, tiada gaya budak kurus yang comot-comot tetapi Wi kurus telah bertukar menjadi Wi gendut. Cuma gayanya saja tidak berubah. Wi tetap memakai selipar jepun sewaktu menjemputnya di lapangan terbang.

Wi, bahagia kini bersama isterinya, seorang pegawai bank, 2 anak lelaki dan 2 buah bengkel kereta. Jangan anak-anaknya mengikut jejak Wi, sudah ! Tapi anak Wi bijak. Umur 3 tahun pun pandai speaking London mengalahkan Ziha. Isk… isk…. Wi.. Wi… Wi dulu dan Wi kini banyak perubahannya. Wi kini adalah seorang tokey besar di Bandar Marang !


Posted by o-group at 6:23 PM WST
Post Comment | View Comments (1) | Permalink

Newer | Latest | Older